Bab Pertama

Rakan Perniagaan Internet Anda

Membina Perniagaan Internet

Salam Sejahtera,

Selamat datang ke Tips Perniagaan Internet

Mungkin ramai diantara anda yang telah mengetahui mengenai perniagaan internet ini, baiklah secara ringkasnya perniagaan internet ini adalah proses jual beli melalui medium internet sama ada produk fizikal (seperti pakaian, alat kosmetik, peralatan elektronik dsb), produk digital (software, buku elektronik, video digital dsb), perkhidmatan (tempahan tiket, pelancongan, ruang iklan, bina laman web, laman akhbar dsb). Sebenarnya di internet anda boleh menjual apa sahaja malahan barangan tepakai sekalipun anda boleh jual di internet.

Mengapa perlu saya membina perniagaan internet?

Di sini saya ingin menyatakan mengapa anda tidak boleh melepaskan peluang menceburi perniagaan internet yang amat berpotensi besar menjana keuntungan.

  • Perniagaan Internet memerlukan modal yang amat rendah (saya memulakan perniagaan internet dengan modal kurang RM200), malahan sesetengahnya boleh dilakukan tanpa modal. Cuba anda bayangkan, untuk membina perniagaan sebenar anda perlu menyewa kedai, memohon lesen, membuat ubahsuai kedai, membeli peralatan, membayar gaji pekerja, membayar bil air/elektrik dan sebagainya dan semua ini memerlukan modal yang besar. Dengan perniagaan internet anda tidak perlukan semua ini.

  • Risiko rendah - Perniagaan internet amat berisiko rendah atau tanpa risiko. Anda boleh memulakan perniagaan internet anda dengan menjual produk pihak lain dan kemudian menjual produk anda sendiri.

  • Pasaran Luas - Dengan perniagaan internet pasaran anda bukan hanya setakat di dalam negara sahaja malah mencakupi seluruh dunia. Pengguna internet dunia telah melebihi 1 billion pada akhir 2006 dan terus bertambah dengan pantas. Pengguna internet di Malaysia sahaja telah melebihi 10 juta, jadi anda tidak perlu risau mengenai pasaran.

  • Anda boleh bekerja dari keselesaan rumah anda. Perniagaan internet boleh dilakukan dimana-mana sahaja selagi ada kemudahan komputer dan internet. Di Malaysia, kemudahan internet ini boleh di dapati di mana-mana sahaja hinggakan anda boleh melayari internet tanpa wayar (wireless broadband) seperti perkhidmatan Maxis dan Celcom 3G. Kerajaan juga sentiasa menggalakkan perkembangan IT ini termasuk di sekolah-sekolah. Kebanyakkan rakyat Malaysia sekarang adalah celik IT.

  • Anda tentukan waktu bekerja - Dengan perniagaan internet masa bekerja adalah flexible dan anda yang tentukan, jadi anda tetap boleh menjalankan perniagaan internet anda tanpa perlu mengorbankan pekerjaan anda sekarang.

  • Anda boleh automasikan perniagaan internet anda - Dengan teknologi yang ada waktu ini, anda boleh menjalankan perniagaan internet anda secara automatik dan dengan ini anda tidak perlu menghabiskan banyak masa di hadapan komputer.

  • Membina berbagai jenis perniagaan serentak - Dengan kos yang rendah dan kebanyakkan proses jual beli boleh dilakukan secara automatik, anda boleh membina lebih banyak perniagaan internet anda dan menjana lebih keuntungan.

Di atas adalah ciri-ciri perniagaan internet ini yang perlu anda renung dan fikirkan. Buatlah tindakan yang bijak untuk memulakan perniagaan internet anda sendiri.

Sampai di sini untuk tips saya kali ini. Kita jumpa lagi dengan tips-tips menarik mengenai perniagaan internet.

Terimakasih dan Selamat Maju Jaya

(Pakej Lengkap Perniagaan Internet)







0 comments:

Post a Comment