Bab Kedua

Memulakan Perniagaan Internet

Salam Sejahtera,

Kita jumpa lagi dalam siri Tips Perniagaan Internet.

Di dalam tips kali ini saya akan membincangkan mengenai langkah pertama untuk memulakan perniagaan internet iaitu memilih model perniagaan internet anda iaitu sama ada produk atau perkhidmatan.

Sepertimana yang telah saya terangkan pada tutorial yang lepas, anda boleh jual apa sahaja di internet, tetapi sebelum anda membina perniagaan internet anda perlu membuat kajian pasaran ataupun 'market research' terlebih dahulu. Kajian pasaran ini amat penting untuk menentukan bahawa produk anda mempunyai market atau jumlah pasaran atau pembeli yang mencukupi untuk membuat keuntungan. Tidak guna anda membina perniagaan internet jika pasaran anda hanya beberapa orang pembeli sahaja. Baiklah, bagaimana untuk membuat kajian pasaran ini?

Antara kaedah membuat kajian pasaran adalah dengan memerhati perkembangan semasa, apakah perkara atau produk yang di gemari oleh pengguna pada waktu ini, apakah perkataan yang sering dicari oleh pengguna internet melalui search engine seperti Yahoo dan Google. Sebenarnya terdapat beberapa tools atau software dan juga laman-laman yang menyediakan perkhidmatan untuk mengetahui berapa banyak sesuatu perkataan itu di cari oleh pengguna di internet. Sesetengah tools dan perkhidmatan ini anda boleh perolehi secara percuma. Dengan menggunakan peralatan ini anda dapat menumpukan kepada subjek-subjek yang di gemari pengguna dan membina perniagaan internet anda ke arah topik-topik tersebut.

Sebenarnya terdapat berbagi cara lagi untuk melakukan kajian pasaran ini dan telah saya sediakan di dalam e-book 8 Langkah Mudah Membina Perniagaan Internet. Juga di tunjukkan model-model perniagaan internet terhangat di pasaran.

Perniagaan internet bukan sahaja sesuai untuk mereka yang tiada pengalaman dalam bidang bisness malah amat sesuai dilakukan oleh mereka yang telah mempunyai perniagaan di luar. Dengan medium internet anda dapat memperluaskan lagi pasaran produk anda. Sebagai contoh, di bawah adalah keratan akhbar Harian Metro mengenai sepasang suami isteri yang menjual kanta lekap melalui internet.



Sampai di sini untuk tips saya kali ini. Kita jumpa lagi dengan tips-tips menarik mengenai perniagaan internet.

Terimakasih dan Selamat Maju Jaya

0 comments:

Post a Comment